Viral Video Anggota Trafik Tahan Ambulans Beri Laluan Konvoi VVIP, Menurut Polis Ini Sebabnya…

8 Mar 2022 • 9:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dua anggota trafik menerima kecaman hebat netizen baru-baru ini gara-gara tindakan mereka menghalang laluan ambulans.

Menerusi sebuah video viral di media sosial, rakaman kamera dari ambulans berkenaan menunjukkan kenderaan itu ditahan oleh dua anggota terbabit.

Ini bukanlah kali pertama kejadian sebegini mencuri perhatian netizen namun selepas mendapat kritikan hebat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid tampil memberikan kenyataan.

Menurut Bernama, Rupiah berkata tindakan dua anggota terbabit menahan ambulan yang datang dari Jalan Danga Bay menghala ke Skudai itu adalah untuk mengelakkan pertembungan dengan konvoi VVIP.

Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans yang datang dari susur jalan itu, akan memberi risiko besar kepada konvoi dan ambulans.”

@starex_kavin

“VVIP” dulu, Ambulans Later!! AGAIN & AGAIN ???!!!

? original sound – rasta_Kavin0104 – rasta_Kavin0104

Terdahulu, rakaman di atas tular di media sosial dan tindakan menahan ambulans yang berbunyi sirennya itu mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kejadian itu lebih menimbulkan kemarahan apabila mendapat tahu ia adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada konvoi VVIP.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) “Sekali Lagi Di Negara ‘Bolehland’”- Netizen Berang 'Ambulance' Ditahan Demi Beri Laluan Kepada VVIP