“Risiko besar bagi konvoi dan ambulans untuk bertembung” – Polis

8 Mar 2022 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Agak kecoh di media sosial bila video dashcam dari sebuah ambulans tular menunjukkan dorang telah ditahan oleh polis kerana ingin memberi laluan kepada konvoi VIP di Johor Bahru.

Disebabkan ini, ramai orang awam telah menyatakan rasa tak puas hati mereka lebih-lebih lagi memikirkan keadaan pesakit yang perlu dikejarkan ke hospital.

Ekoran ini, petang semalam (7 Mac) pihak polis Johor telah pun mengeluarkan kenyataan media bagi memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid, dua pegawai polis trafik tersebut sedang menjalankan tugas mengawal lalulintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.

Keputusan dua pegawai polis ini untuk menghentikan ambulans tersebut adalah kerana dikhuatiri berlaku pertembungan di antara konvoi dan ambulans.

Ambulans yang datang dari arah susur jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan. Anggota yang bertugas telah membuat penilaian dari sudut keselamatan di mana konvoi tersebut telah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.

Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans, ia akan memberikan risiko yang besar kepada konvoi dan ambulans untuk bertembung.”

image is not availableimage is not available

Tambahnya lagi, video yang tular itu turut menunjukkan penahanan ambulans yang sangat minima dan hanya mengambil masa sekitar 30 saat.

Selain itu juga, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.