“Kenapa pakai model omputih?” – Netizen Kecam Rico Rinaldi Tak Guna Model Melayu Untuk Baju Raya

Entertainment
2 Mar 2022 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila Ramadan menghampiri, makin banyak pereka dan label fesyen mula mengeluarkan rekaan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Ramai juga yang menanti rekaan terbaru pereka fesyen kegemaran mereka untuk mengeluarkan baju raya yang cantik dan stylo untuk tampil bergaya di hari raya, gitu!

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal tanah air Rico Rinaldi telah berkongsi rekaan terbarunya untuk hari raya tahun ini dan ia sememangnya sangat cantik dan tampak eksklusif.

Bagaimana pun, dalam laman Twitter lain pula jadinya. Ramai netizen mula kecam pereka fesyen itu kerana model yang digunakan untuk peraga baju-bajunya itu bukan model tempatan, sebaliknya Rico menggunakan model-model ‘Mat Salleh’.

“I don’t buy baju kurung/kebaya modelled by white people”

Ramai netizen yang mengatakan itu tidak seharusnya berlaku kerana terdapat ramai model tempatan yang lebih sesuai untuk memperagakan pakaian untuk hari raya.

image is not available

Jaga aurat model Melayu

Selepas beberapa kritikan yang diberikan oleh netizen, Rico Rinaldi menegaskan sebab dia memilih model-model kacukan.

Menurutnya, dia memilih untuk tidak menggunakan model berbangsa Melayu atau tempatan kerana ingin menjaga aurat mereka.

Kenapa netizen tengok model tapi tak tengok rekaan baju?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.