Positif Covid-19, Pekerja ‘Pening Kepala’ Bos Suruh Bertugas Macam Biasa Sebab Tak Ada MC?

2 Mar 2022 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi norma baru semenjak pandemik melanda apabila kebanyakan daripada syarikat memilih untuk work from home demi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Namun, jika seseorang pekerja itu dijangkiti wabak berkenaan, sudah pastinya dia diminta untuk kuarantin kendiri sama ada 7 hingga 9 hari mengikut keadaan dan pastinya akan diberikan cuti.

 

“My friend punya company insist minta MC, if not…”

Walau bagaimanapun, lain pula dengan situasi yang dikongsikan pengguna Twitter ini apabila dia menceritakan pengalaman rakannya yang diminta untuk bertugas seperti biasa walaupun sudah dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, syarikat rakannya bekerja itu meminta pesakit untuk menyediakan surat MC atau sijil cuti sakit jika dia mahu cuti dan berehat. Jika dia ingin bercuti juga tanpa MC, cutinya bakal dikira sebagai ‘unpaid leave’.

image is not available

Tambahnya lagi, rakannya juga telah merujuk kepada klinik berkenaan isu MC, walau bagaimanapun pihak tersebut memang tidak mengeluarkan MC dan dia juga tidak boleh ke sana kerana positif Covid-19.

Walaupun rakannya sudah memberi screenshot MySejahtera bukti Home Surveillance Order (HSO) yang diterimanya, pihak HR tetap meminta MC jika dia memilih untuk rehat dan tidak bekerja.

image is not available

 

“Majikan perlu beri cuti Hospitalisasi/MC”

Tweet tersebut kemudian telah mendapat perhatian Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang menjelaskan bahawa pemakluman kuarantin melalui MySejahtera itu adalah sama seperti arahan kuarantin bertulis daripada KKM.

Majikan juga dikehendaki memberikan cuti Hospitalisasi atau MC dan jika cuti berkenaan sudah habis, barulah boleh guna unpaid leave.

image is not available

Majikan juga boleh rujuk tweet dari Ketua Pengarah Kesihatan sendiri kat bawah ni:

 

“Kalau bersin dan berhingus, lap di meja manager dan HR”

Tweet berkenaan telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana tidak bersetuju dengan cara syarikat berkenaan melayan pekerjanya yang positif Covid-19.

image is not available

Apa-apapun diharapkan majikan tidaklah terlalu tegas berhubung isu ini. Kena Covid-19 ni bukan perkara main-main tau.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.