“Naya pak karim!” – [VIDEO] Ibu Kongsi Anak Terbawa Duit Belanja RM300 Pergi Sekolah

Entertainment
25 Mar 2022 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ni kecoh tentang isu budak sekolah bawa beg ‘Smiggle’ kan? Itu pun orang dah bising kata beg mahal lah, anak orang kaya lah, disisih kawan lah, betul tak? Rupa-rupanya marketing murahan je.

Tapi, video perkongsian kali ini memang betul-betul rare! Budak sekolah ni buat hal bawa RM300 buat duit belanja ke sekolah! Fuh ongkaya!

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang ibu di laman TikTok ini bukan sahaja buat ramai yang terkejut, malah isi ceritanya juga buat yang berdekah dengan gelagat anaknya itu!

Menurut perkongsian daripada Umi Atirah ini, anak perempuannya yang dipanggil dengan panggilan Leha itu dikatakan ‘kantoi’ membawa duit belanja sebanyak RM300 selepas cikgunya memberitahu si ibu semasa waktu pulang sekolah.

“Macam anak menteri pergi sekolah bawa duit RM300!”

Katanya lagi, dia ada menyuruh Leha mengambil duit belanja sekolah di dalam beg yang telah diasingkan duit seringgit-seringgit untuk dibawa ke sekolah. Namun, tanpa dia sedari, Leha telah mengambil duit sebanyak RM300!

Nasib baik, cikgu anaknya itu perasan akan duit yang terlalu banyak itu dan memulangkan kepada si ibu. Kalau tak…naya pak karim!

Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan leteran si ibu ni. Pun begitu, ada juga yang berkongsi pengalaman sama tentang keletah anak-anak masing-masing!

image is not available

Nasib baik Leha tak sedekah amal jariah dekat kawan-kawan…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.