20 Tahun Tinggal Atas Kapal Persiaran, Individu Ini Gelar Dirinya Lelaki Paling Gembira Di Dunia

Entertainment
20 Mar 2022 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti ramai yang ada impian untuk melancong dengan menaiki kapal persiaran atau cruise sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kan. Bestnya kalau dapat merasa angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu kan.

Namun, korang jangan cemburu sebab ada seorang lelaki ini pula dikatakan dah lebih 20 tahun tinggal di atas kapal persiaran!

Menurut Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Mario Salcedo itu merupakan seorang ahli kewangan memutuskan untuk berhenti kerja pada 1997.

Charming man on my Royal Caribbean Symphony of the Seas cruise. Mario Salcedo lives on Royal Caribbean ships. “For 23…

Posted by Jackie Sheckler Finch on Saturday, November 13, 2021

 

Sebelum dia berhenti kerja, dia tidak pernah bercuti di atas kapal persiaran jadi, Salcedo kemudiannya menempah enam tiket cruise supaya dia boleh merasai sendiri pengalaman naik kapal.

Lepas tamat percutian tu, dia pun ambil keputusan untuk teruskan kehidupan di atas kapal persiaran. Dia hanya berada di darat selama beberapa tahun sahaja iaitu ketika pandemik COVID-19 melanda dunia baru-baru ini.

Memandangkan kehidupan atas kapal sama macam duduk hotel dan ada yang tolong kemaskan bilik dan sebagainya, Salcedo mengatakan dia boleh fokus pada aktiviti yang membuatkan dirinya bahagia tanpa perlu fikir tentang perkara kecil yang lain.

image is not available

Ini menyebabkan lelaki ini juga telah menggelarkan dirinya sebagai lelaki paling gembira di dunia.

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana dia mampu hidup mewah di atas cruise kalau tak bekerja. Rupa-rupanya, Salcedo masih bekerja namun dia bekerja dari atas cruise.

Tak mainlah work from home sebab dia work from cruise! Dahsyat!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.