Mangsa ketiga insiden tanah runtuh meninggal dunia

11 Mar 2022 • 12:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang juga mangsa ketiga ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat mangsa dikeluarkan pada jam 10.58 malam.

"Mangsa ditemui di luar rumah pertama yang musnah akibat tanah runtuh, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Khamis.

Mohamad Farouk memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat berhadapan cabaran dalam mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

image is not available

Pada Khamis, media melaporkan empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.

"Kita turun menggunakan anjing pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dilaporkan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved