Lagu Punya Pasal, Seorang Lelaki Tampar Pipi Kiri Pekerja Restoran

18 Mar 2022 • 8:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pekerja restoran kena tampar

Dipercayai berang permintaan memainkan lagu tidak ditunaikan, seorang pelanggan bertindak menampar pekerja di sebuah restoran terletak di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman dalam laporan Kosmo! berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam 13 Mac lalu.

Pekerja restoran ditampar?

image is not available
Foto: Kosmo!

Suspek meminta pekerja restoran warganegara Bangladesh menukar lagu yang dipasang di premis itu tetapi pekerja memaklumkan tetapan lagu sudah dibuat dan dia tidak boleh mengubahnya.

Suspek yang berang terus memarahi mangsa dan melemparkan kata-kata kesat. Dia kemudiannya menampar pipi kiri pekerja itu.

Selepas kejadian, kawan suspek telah membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari situ.

Jelas beliau, kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.