
Biasanya pada bulan Februari dan Mac, hujan dah tak selalu turun. Tapi dari minggu lepas, hujan berterusan turun setiap hari.
Malah sekarang di media sosial, ramai netizen telah kongsikan beberapa gambar dan video menunjukkan beberapa kawasan di Lembah Klang telah mula dinaiki air.
Menerusi info yang dikongsikan oleh orang awam dapat dilihat juga banyak kereta telah tersangkut di dalam banjir di kawasan lebuhraya NPE dan Sungai Besi sehingga mangsa dapat dilihat cuba keluar dari kenderaan dan duduk di atas bumbung kereta.
Hujan lebat menyebabkan kawasan di Kuchai Lama terutama dari NPE / Sungai Besi tenggelam.
Banyak kereta tersangkut di dalam banjir.
Video : Orang Awam pic.twitter.com/EWoMbakydH
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 7, 2022
Flash floods have been reported in several parts of the Klang Valley following heavy rain this afternoon.
Motorists are advised to be careful.
Follow our traffic reports at @astrotraffic for the latest updates.
Images via social media pic.twitter.com/St1PpvGfIh
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 7, 2022
Menerusi Facebook, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengeluarkan amaran mengesahkan perkara ini dan melaporkan beberapa kawasan yang telah pun mula dinaiki air.
— Ustaz Edit Lew (@rudyakhbar_) March 7, 2022
Untuk makluman kawasan yang dilaporkan telah mula di naiki air sekitar Balai Dang Wangi.
– Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang
– Jalan Leboh Ampang
– Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)
– Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.Sungai Yang Melepasi Paras Amaran
1. Sentul – Sg Batu
2. Jambatan Sulaiman – Sg Klang
3. Lebuh Pasar – Sg Klang
4. Jalan Parlimen – Sg GombakSungai Yang Melepasi Aras Bahaya
1. Jalan Tun Razak – Sg. Gombak
7/3/22, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir pada: 1:35 tengah hari, 7 Mac 2022 di mana Ribut petir,…
Posted by Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri on Monday, March 7, 2022
Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan kebimbangan dorang melihat paras air yang semakin naik. Tambahan lagi perkara ini bukanlah satu fenomena yang biasa berlaku pada bulan Mac.

Kalau korang tengah dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, tolong sentiasa hati-hati dan make sure utamakan keselamatan diri ok?
Baca: “Sampai paras atas pintu” – Netizen Terkejut Tengok Selut Tinggi Akibat Banjir Teruk Di Terengganu
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
