Lepas Ramai Tertanya-tanya Perlu Imbas MySJ Lagi Atau Tak, KJ Kata Tunggu Sebulan Lagi

31 Mar 2022 • 10:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bermula 1 April ini negara kita akan mula ke fasa peralihan endemik yang mana beberapa perkara telah dilonggarkan selepas melihatkan kadar jangkitan Covid-19 masih lagi boleh dikawal.

Antara kelonggaran yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah waktu premis akan mula beroperasi seperti sediakala tanpa had waktu dan saf solat di masjid juga dibolehkan tanpa penjarakan sosial.

Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya di media sosial tentang keperluan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera selepas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mengumumkan negara akan mula ke fasa peralihan endemik pada 8 Mac lalu.

image is not available

image is not available

image is not available

“Tunggu sebulan dulu…”

Ini kerana, ramai beranggapan dalam menuju fasa peralihan endemik keperluan untuk mengimbas MySejahtera bukan lagi perkara yang perlu diambil berat. Ekoran itu, KJ mengulas isu tersebut dalam sidang media 30 Mac.

Menurut Berita Harian, pihak KJ memerlukan tempoh sebulan sebagai tempoh pengawasan untuk melihat pola perubahan dan juga kadar kebolehjangkitan Covid-19 selepas diberi kelonggaran bermula 1 April ini.

“Kita nak tengok dengan pembukaan sempadan dan kelonggaran yang kita beri bermula 1 April jika ada perubahan dalam pola mobiliti dan pola jangkitan untuk tempoh beberapa minggu lagi-lagi bila nak dekat puasa ni” – KJ

Sebelum ini, kerajaan telah membuat keputusan supaya prosedur pemeriksaan suhu dan juga buku rekod masuk di pintu masuk setiap premis telah dihentikan pada 11 Februari namun pengimbasan MySejahtera masih lagi diwajibkan.

Takpe… Kita tunggu sebulan lagi okay? Slow-slow kita kembali kepada normal balik. Hehehe…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.