
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah merancang dan mengambil pelbagai usaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan.
“Antara usaha itu ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang turut memfokuskan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” kata Yakub pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

