Covid-19: Tiga kluster ditamatkan di Sabah

22 Mar 2022 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Tiga kluster Covid-19 diisytihar tamat di Sabah pada Selasa, iaitu dua kluster di daerah Ranau dan satu kluster di Tongod, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata dua kluster di Ranau itu melibatkan Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut, manakala Kluster Kuala Tongod di Tongod.

"Dengan penamatan tiga kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan,” katanya dalam kenyataan malam ini (Selasa).

Masidi berkata, secara keseluruhan sebanyak 388 atau 96.52 peratus daripada 402 kes hari ini dalam kategori satu dan dua, kategori tiga (dua kes), kategori empat (tujuh kes) dan lima kes dalam kategori lima. - Bernama