
Boleh dikatakan trend melakukan prank dikalangan masyarakat seluruh dunia sekarang ini sudah semakin berleluasa semata-mata untuk mengenakan orang ataupun konten media sosial.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang suami telah dikecam oleh netizen kerana membuat prank kepada isterinya.
Pada awal video tersebut, kelihatan seorang wanita datang ‘serang’ si isteri memberitahu si suami telah curang dan mahu memulangkan segala barang-barang yang ada.
Biarpun ‘diserang’, si isteri tetap tenang mengawal situasi yang telah berlaku, malah menjemput wanita tersebut untuk masuk ke rumah supaya tidak membuat kecoh.
Oleh kerana tenang mengawal situasi yang ‘tegang’ itu, ramai memuji si isteri serta kagum dengan cara dia mengawal keadaan.

Walau bagaimanapun, niat si suami membuat prank kepada si isteri hanya mahu membuat kejutan demi menyambut ulang tahun kelahirannya.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam si suami kerana merasakan prank yang dilakukan ini melebihi batasan serta berasa kesian terhadap si isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
“Marketing Tak Kena Gaya” - Gadis Selit ‘Business Card’ Di Kedai Buku Undang Kecaman Netizen
The post “Ingat Lawak Ke?” – Suami Buat ‘Prank’ Curang Dengan Perempuan Lain Masa ‘Birthday’ Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


