
Kota Kinabalu: Pasukan bola sepak Jabatan Penjara Sabah menyasarkan untuk memenangi Kejohanan Bola Sepak Penjara Malaysia – Piala Tan Sri Murad Ahmad ke-38 yang akan diadakan di Kelantan bermula hari ini sehingga 6 Februari.
Pengurus Pasukan Penolong Komisioner Penjara Jorennedy Sylvester berjanji pasukan akan melakukan yang terbaik untuk merangkul piala itu walaupun mempunyai masa yang terhad untuk membuat persiapan disebabkan pandemik.
Beliau berkata demikian selepas menerima bendera negeri daripada Pengarah Penjara Negeri, Timbalan Komisioner Penjara Hajah Nora Musa dalam satu majlis yang diadakan di Kepayan pada Selasa.
“Pemain-pemain kami tentunya akan memberikan yang terbaik untuk cuba memenangi gelaran itu walaupun latihan kami sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu terjejas akibat SOP (prosedur operasi standard).
“Kami tidak akan mengambil ringan pertandingan itu kerana kejohanan ini pernah melahirkan ramai pemain kebangsaan dan Olimpik seperti Ali Bakar, Namad Abdullah, Hamzah Hussin, Syed Ahmad.
“Pada kejohanan terakhir yang diadakan tiga tahun lalu sebelum permulaan pandemik, kami tidak bernasib baik apabila terhenti di semi final selepas tewas 1-2 kepada Penjara Kajang,” katanya.
Sementara itu, Nora dalam perutusannya menggesa pasukan untuk bermain dengan semangat kesukanan dan semangat juang yang betul untuk mencapai sasaran memenangi gelaran itu, dan pada masa yang sama mematuhi SOP sepanjang pertandingan.
Pasukan diketuai Jorennedy bersama penolong pengurus pasukan Addny Miky, jurulatih Roslan Wasli, Billyton Vun Ket Ming, Augstin Paga dan 20 pemain bertolak ke Kuala Lumpur pada Selasa.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


