Viral ‘Sotong Ring Frozen’ Dibuat Dari Dubur Babi, Ini Penjelasan KPDNHEP…

16 Mar 2022 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular dakwaan di aplikasi WhatsApp mengatakan bahawa sotong ring frozen berwarna putih yang dijual di pasaraya adalah diperbuat dari dubur babi.

Ekoran dari ini, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan siasatan ke atas beberapa premis di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bahru.

Pihak KPDNHEP juga turut menyita gegelang sotong serta beberapa dokumen perniagaan untuk membuat pemeriksaan dan siasatan di makmal.

image is not available

Selepas sampel-sampel ini dikaji, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tiada DNA babi yang dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan, lapor Harian Metro.

Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.”

image is not available

Selain itu, Alexander turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam menyebarkan maklumat lebih-lebih lagi mengenai isu halal kerana bimbang ia akan membuatkan orang ramai berasa was-was.

Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.”

Untuk pengetahuan korang, dakwaan gegelang sotong sejuk beku ini dibuat dari rektum babi telah pun disebut-sebut sejak beberapa tahun lalu di Amerika Syarikat sebelum baru-baru ini tular di Malaysia.

Tak sangka orang-orang kat US pun boleh ingat benda ni dubur babi. Panjang bethollll

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.