Panasonic Akan Membina Kilang Bateri Di Amerika Syarikat Untuk Meningkatkan Bekalan Bateri Tesla

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa Panasonic telah membangunkan bateri baru untuk kenderaan-kenderaan Tesla akan datang yang hadir dengan saiz dan kapasiti yang lebih besar.

Kini, Panasonic dilaporkan mahu membeli tanah di Amerika Syarikat untuk membangunkan sebuah kilang bateri baru untuk meningkatkan bekalan bateri mereka, khususnya untuk digunakan oleh kenderaan elektrik Tesla.

image is not available

Laporan daripada NHK mengatakan Panasonic dijangka akan membeli tanah tersebut di Oklahoma ataupun Kansas, dua lokasi berdekatan dengan Texas, lokasi kilang utama Tesla. Ini cukup menarik khususnya apabila Panasonic mengatakan bahawa mereka akan menaiktarafkan kilang di Jepun mereka untuk membangunkan bateri baru tersebut dan memasarkannya menjelang Mac 2024.

Buat masa ini, butiran seperti jumlah wang yang akan dibelanjakan untuk kilang baru ini, dan juga garis masa pembangunan kilang baru di Amerika Syarikat ini tidak diketahui lagi.

Sumber: Reuters