Najib Persoal Lim Kit Siang Tidak Dikompaun KKM, KJ Tampilkan Bukti

Entertainment
22 Mar 2022 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak semalam mengeluarkan kenyataan dalam Facebooknya mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti ketika Kongres DAP diadakan hujung minggu lalu.

Kit Siang disahkan positif Covid hari ini. Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.Tapi…

Posted by Najib Razak on Monday, March 21, 2022

Bagaimanapun, hari ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memuat naik sebuah tweet sebagai respon kepada Bekas Perdana Menteri tersebut.

Selain daripada memberitahu Bekas Perdana Menteri itu bahawa kompaun telah pun dikeluarkan oleh KKM kepada Lim Kit Siang, Khairy Jamaluddin juga berkata pihak KKM juga berharap Dato Seri Najib Razak membayar satu kompaun yang dikeluarkan KKM terhadapnya semasa Pilihan Raya Negeri Johor.

“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Khairy Jamaluddin turut memuat naik kepingan gambar kompaun yang dikenakan terhadap Kit Siang dan Najib baru-baru ini.

Sebelum ini, Kit Siang serta Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim yang turut hadir ke kongres berkenaan disahkan positif Covid-19 semalam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.