Netizen Terkejut Tengok Pelanggan Sanggup Beratur Tengah Hujan, Sebab Nak Beli Nasi Arab Chef Ammar?

Entertainment
17 Apr 2022 • 3:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Chef Ammar sering disebut-sebut sepanjang bulan puasa ini. Antara cerita viral yang melibatkan Chef Ammar adalah isu harga makanan yang dijual, isu beratur panjang sehinggalah isu reseller Nasi Arab Lamb Shank di Bazar Ramadan Shah Alam.

Selain dari isu-isu di atas, ada juga isu sanggup beratur tengah hujan sebab nak beli nasi arab. Sebenarnya min tak pasti betul-betul ini memang gerai Chef Ammar atau gerai lain, tapi menurut @mnmuhammadfaridz gerai Chef Ammar lah. Korang tengok video kat bawah ni sendiri.

Beratur level lain ni

Menerusi akaun TikTok @mnmuhammadfaridz, video itu telah dimuatnaik beberapa hari yang lalu, iaitu sekitar seminggu sebelum artikel ini ditulis. Namun, netizen memang sebenarnya terkejut dengan keadaan itu dan ramai yang memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.

image is not availableLain macam ni, sanggup beratur time hujan. Min pun pelik dan terkejut gak dengan orang Malaysia yang sanggup beratur time hujan.

image is not availableMin tak adanya nak beratur tak kira panas ke hujan ke apa. Kalau nampak line panjang atau cuaca tak mengizinkan, carilah tempat lain. Kita sebagai pengguna kena jadi bijak, jangan seksa diri.

image is not availableKalau betul ni di gerai Chef Ammar, min tak tahu nak cakap apa dah. Sebenarnya Chef Ammar ni bukak je kedai dia setiap hari kecuali bulan puasa. Daripada nak beratur hujan panas, baik bersabar, benda boleh makan selain bulan puasa.

image is not availableHarap yang beratur tu tak ada lah nak ambil kesempatan minum air disebalik mask ye. Masing-masing dah besar kan, boleh tahu perkara yang membatalkan puasa.

Kalau korang lah kan, korang sanggup ke nak beratur tengah hujan macam tu?

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.