“Bahaya buat macam ni” – [VIDEO] Ramai Salah Anggap Ingat Cikgu Betul-betul Cubit Murid, Rupanya…

Entertainment
5 Apr 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak sesi persekolahan bermula, banyak kisah yang kita dengar mengenai isu di antara guru dan pelajar. Ada kisah yang baik dan ada pula kisah yang tak sedap didengar.

Apa-apapun baru-baru ini tular pula satu video yang memaparkan seorang guru didakwa telah ‘diserang’ oleh ibu bapa yang tidak puas hati dengan tindakan guru tersebut yang katanya telah mencubit si anak.

Menerusi video yang kini tular di TikTok, penjaga kepada seorang pelajar dilihat telah bersemuka dengan guru tersebut dan meminta guru berkenaan memberi penjelasan berkaitan hal tersebut.

@qasehsurprisegift87

Kesian cikgu tiba² jer kena serang sbb parents x puas hati… komen nk tgk part seterusnya…

♬ original sound – QASEH SURPRISE GIFT – QASEH SURPRISE GIFT

Video tersebut kemudian bersambung ke bahagian seterusnya yang mana guru berkenaan mencuba sedaya upaya membela dirinya dan meminta penjaga kepada pelajar berkenaan merujuk kepada guru dan ibu bapa lain jika dia pernah berkelakuan tidak baik terhadap pelajar sebelum ini.

@qasehsurprisegift87

Reply to @ajimchor nanti sy akn share video seterusnya… maaf sgt² pada semua yg komen… sy x dpt nk reply satu persatu.. sbb tak sangka video nie boleh fyp…

♬ original sound – QASEH SURPRISE GIFT – QASEH SURPRISE GIFT

 

“Minta maaf semua, hanya untuk surprise kan cikgu”

Namun disaat keadaan semakin tegang antara kedua belah pihak, guru berkenaan diajak ke tempat meletak kereta yang mana dia kemudian diberi kejutan hari lahir. Laaa ingatkan betul-betul!

Pemilik video menjelaskan bahawa rakaman sebelum ini hanya sekadar prank semata-mata untuk hari lahir guru berkenaan dan surprise tersebut dilakukan oleh rakan guru di sekolah itu juga.

@qasehsurprisegift87

Reply to @mamarin6687 cikgu sangat baik hati & lemah lembut orang nya… tak ada kaitan mana² pihak pun… mohon maaf klu ada yg terguris hati mana² pihak… image is not available

♬ original sound – QASEH SURPRISE GIFT – QASEH SURPRISE GIFT

 

“Bahaya ya sis buat macam ni, boleh jadi isu besar”

Video itu walau bagaimanapun menimbulkan kebimbangan netizen kerana ia disebarkan dengan beberapa bahagian yang mana ia boleh memberi tanggapan yang buruk jika netizen tidak melihat keseluruhan video berkenaan.

Apa-apapun ramai yang memuji sikap guru itu kerana kekal tenang dan lembut dalam menjawab tuduhan tidak benar daripada ibu bapa ‘fake’ tersebut.

image is not available

Cikgu baik pasti ramai sayang kan! Apa-apapun sebelum viral korang tengoklah video sampai habis ye. Jangan tengok sekerat-sekerat lepas tu viral.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.