(VIDEO) “Kenapa Susah Nak Bersyukur?” – Netizen Kecam Lelaki Mandi Guna Air Mineral

3 Apr 2022 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Amirul Asyari yang memaparkan dirinya yang sedang mandi di dalam sebuah tab telah menerima kecaman netizen.

Menerusi video tersebut, Amirul dilihat telah menggunakan puluhan botol air mineral untuk membasahkan badan dan mandi di dalam tab mandi.

Difahamkan, dia berbuat demikian kerana mahu memandikan dirinya dengan air mineral dan tidak mahu menggunakan air biasa berikutan hendak kelihatan cantik.

image is not available

Apa benda mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang. Haih tapi ada pulak member panas tengok!

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 158K tontonan dan 1.09K tanda suka di laman TikTok.

Kau ingat Michael Jackson, mandi air biasa tidak boleh ke? Kau dengar sini, dekat Zimbabwe, Uganda sana bukan main orang nak air bersih, kau boleh buat mandi je air mineral.

@amirulasyari

apa bende mandi air biasa, orang mandi mineral water muarra ph7.6 wei. Kerak atlet aku auto hilang ? Haih tp ada plak member panas nengoknya! ?#fyp

? original sound – amirul.asyari – amirul.asyari

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan krisis air dialami penduduk dunia dan mengamalkan pembaziran air bersih.

Kenapa susah sangat mahu bersyukur, tolong belajar hargai apa yang ada. – Netizen.

Mahal weh, menangis tengok, bila sudah bulan puasa dahaga tidak cukup air,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Jangan Cari Pasal" - Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari 'Roadblock'