Netflix Mungkin Bakal Tawarkan Pelan Baru Lebih Murah Beserta Iklan Selepas Ini

Technology
24 Apr 2022 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan semua orang muda zaman kini melanggan akaun Netflix kan sebab sekarang orang dah jarang tengok TV dan mula menggunakan platform strim online seperti Netflix, Viu, Disney+ Hotstar dan iQiyi.

Namun, baru-baru ini, Netflix secara rasminya mendedahkan pihak mereka mungkin bakal mula menayangkan iklan di platform itu, lapor Mothership.sg.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Tapi, jangan risau, iklan itu hanya akan ditayangkan pada akaun yang melanggan pelan yang lebih murah beserta iklan. Jadi, subscribers yang langgan pelan yang sedia ada tidak akan terjejas.

Ini kerana, CEO bersama iaitu Reed Hastings berkata mereka mungkin akan menawarkan pelan terbaru dengan harga yang lebih murah kepada pelanggan namun pelan tersebut akan mempunyai iklan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Ini bakal memberikan pilihan yang lebih murah kepada pelanggan yang mahu melanggan Netflix.

Mereka yang dah lama bersama Netflix mesti dah sedia maklum bahawa saya memang menentang pengiklanan namun kini saya mahu memberi peluang kepada pelanggan yang mempunyai bajet terhad dan tiada masalah dengan tayangan iklan untuk tetap melanggan Netflix,” kata Hastings.

Walau bagaimanapun, tawaran pelan baru yang lebih murah itu masih lagi dalam perancangan mereka dan ia mungkin hanya akan dilaksanakan dalam masa beberapa tahun lagi.

So, apa pendapat korang? Min rasa biasalah tu kan, lagipun mana ada benda free dalam dunia ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.