Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Dengan Jaminan, Denda & Hukuman Ditangguhkan

18 Apr 2022 • 2:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemalangan pada tahun 2017 yang meragut lapan nyawa remaja melibatkan ‘basikal lajak’ kini menjadi bualan hangat kerana kes tersebut sedang dibicarakan.

Sebelum ini, Sam Ke Ting yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, hari ini Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan dan hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bersetuju membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

image is not available

Dalam laporan Harian Metro, difahamkan panel membenarkan Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah juga turut membenarkan permohonan wanita itu yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar untuk merayu sabitan kesnya di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, yang mewakili pendakwaan tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu dan oleh kerana kes itu pada asalnya bermula di Mahkamah Majistret, Sam perlu mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai info, Rabu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda) terhadap Sam Ke Ting yang diperintahkan berkuat kuasa serta merta.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.