2 Makcik Tibai Pencuri Telefon Persis WWE, Tak Buat Laporan Sebab Kesian Nanti Tak Beraya Pulak

Entertainment
16 Apr 2022 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita kadang-kadang pernah terlihat video atau terbaca berita mengenai pejenayah yang teruk dibelasah orang ramai gara-gara ditangkap sedang melakukan kerja terkutuk mereka. Kadang tu, ada yang sampai tak sedarkan diri sebab teruk kena smackdown. Ada yang kena hantar pergi hospital pun ada juga. Pun begitu, korang jangan main belasah orang je tau, selidik dulu.

image is not available

Bercakap mengenai insiden orang ramai memukul penjenayah, min nak kongsikan pada korang satu video viral yang difahamkan berlaku di negara jiran, Indonesia dimana dua orang wanita teruk membelasah dua orang lelaki yang merupakan pencuri telefon bimbit. Sampai terbaring sorang pencuri tu atas tanah lepas kena baling!

Portal Kompas melaporkan, kejadian terbabit berlaku di sebuah warung di Kalimantan Selatan pada Ahad, 10 April lalu. Video terbabit juga viral setelah dikongsikan di media sosial.

Korang boleh tengok video tu kat SINI.

WWE versi lokal?

image is not available

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, dapat dilihat seorang wanita berpakaian biru memukul seorang lelaki beberapa kali sebelum membalingnya ke tanah. Tidak cukup dengan itu, lelaki yang telah mencuri telefon bimbit milik wanita terbabit turut dipijak dan ditendang sehingga terbaring lemah.

Video terbabit juga ada memaparkan seorang wanita lain yang memukul seorang lagi lelaki yang juga pencuri telefon dengan kerusi plastik. Orang ramai cuba meleraikan pergaduhan berkenaan namun dua wanita terbabit masih terus memukul dan memaki-hamun si pencuri.

Siasatan polis bagaimanapun mendedahkan dua wanita terbabit tidak mahu melaporkan kes terbabit selain memilih untuk berdamai dengan dua penjenayah berkenaan.

“Dua wanita itu berkata mereka memang tidak mau melaporkan kejadian tersebut ke polisi kerana kasihan terhadap tertuduh jika dipenjara tidak bisa beraya,” kata Iptu Suwarji, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banjar.

Meskipun kes terbabit berakhir dengan kedua-dua pihak berdamai dan tiada tangkapan dilakukan, warganet yang menonton video terbabit nyata terkejut dan seram melihat dua wanita terbabit yang tak gentar malah membelasah pencuri telefon bimbit mereka.

“Tak tau nak kesiankan ke tak pencuri ni,” komen warganet.

“Cuba bayangkan kalau suami mereka ni buat hal, habis teruk dibelasah,” kata yang lain pula.

Sumber: Kompas

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.