Pegawai Farmasi Jelaskan Sindrom IMS, ‘Datang Bulan’ Untuk Orang Lelaki Yang Ramai Tak Tahu

14 Apr 2022 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lepas tengok perkongsian daripada @everlifefarmasi ni, ayat-ayat “kau moody dah kenapa? Datang bulan?” untuk orang lelaki memang boleh diguna pakai dan ada logiknya.

Kenapa? Menurut satu perkongsian menerusi satu video di TikTok ini, pegawai farmasi menjelaskan bahawa lelaki pun memang ada datang bulan dan ia dipanggil…

 

Irritable Male Syndrome (IMS)

IMS ini boleh berlaku disebabkan hormon tak stabil, ia berpunca disebabkan stress, lapar dan kurang belaian.

Jadi cara untuk ‘ubati’ masalah ini adalah beri ruang, masak makanan kegemaran dan layanan yang baik. Malah, mengikut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka tetapi ketidakstabilan hormon lelaki sukar dijangka.

Dalam masa 19 jam, video ini telah meraih 313.2K jumlah tontonan dan rata-rata golongan kaum adam agak impressed dan ada juga yang baru tahu kerana mereka kerap alami IMS ini.

 

Guys also got period but they don’t bleed – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Berdasarkan sumber lain, IMS ini juga boleh memberi kesan kepada orang lelaki yang seakan-akan wanita, iaitu terlebih sensitif, cemas, mudah marah dan tersinggung serta cepat depress.

Malah bukan sahaja secara mental, ia memberi kesan kepada beberapa perubahan secara fizikal kepada lelaki iaitu, kehilangan ghairah seksual, sakit belakang dan sakit kepala.

Tapi korang jangan nak feeling IMS tak boleh puasa pulak!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.