Wanita Dakwa Pihak Berkuasa Enggan Ambil Tindakan Lepas Mengadu Dipukul Kekasih, Ini Jawapan Polis…

7 Apr 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bergaduh hingga menyebabkan kecederaan ni bukan perkara yang boleh dianggap enteng, lagi-lagi bila melibatkan orang yang kita kenal atau sayang.

Macam baru-baru ini, posting seorang wanita melalui Instagram mendakwa dia telah dipukul oleh kekasihnya telah mendapat perhatian ramai.

“Saya tak dilindungi”

Menurut wanita ini, dia telah membuat laporan polis selepas dia dipukul oleh bekas teman lelakinya namun mendakwa pihak berkuasa menganggap kesnya itu hanya “pergaduhan antara kekasih”.

Jelasnya lagi, pihak polis juga tidak meminta dia untuk membuat apa-apa pemeriksaan kesihatan.

Beberapa hari kemudian saya dan lelaki itu dipanggil untuk memberi kenyataan dan semalam (5 April) saya dapat update yang polis menemui dia (kekasihnya) tak ada niat untuk memukul saya jadi kes ini dianggap tiada kes dan mereka tak akan teruskan siasatan.”

Wanita ini turut mengatakan yang dia rasa tidak dilindungi oleh sistem di Malaysia dan berharap orang lain tidak akan mengalami perkara yang sama sepertinya.

Polis siasat kes di bawah seksyen 323

Ekoran posting ini, Ketua Polis Putrajaya ACP A.Asmadi bin Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian ini.

Dalam kenyataan tersebut, A.Asmadi mengesahkan bahawa pihaknya telah pun mendapat laporan mengenai insiden ini pada 27 Mac yang lalu.

Berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara beliau dan bekas teman lelaki beliau yang telah beristeri.

Puncanya ialah apabila bekas teman lelaki telah insaf dan ingin bersama keluarga yang menyebabkan keputusan ini sukar diterima oleh pengadu.”

image is not available

Pihak polis juga turut mengatakan yang mereka telah pun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera.

Seterusnya, pihak polis mengatakan mereka akan mengambil keterangan saksi yang terlibat dan laporan perubatan bagi melengkapkan siasatan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.