
Buat peminat sukan bolasepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan antara pasukan yang paling digeruni dalam liga Malaysia.
Dalam laman Facebook rasmi pasukan bolasepak itu, diumumkan mereka memberi peluang kepada pengunjung Stadium Sultan Ibrahim untuk merasai pengalaman unik menaiki kereta mewah Hummer Limosin mengelilingi stadium ikonik skuad Harimau Selatan itu.
‘JDT HUMMER TOUR’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM‘JDT Hummer Tour’ Stadium Sultan Ibrahim beroperasi setiap Jumaat hingga…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, March 31, 2022
Pengalaman itu diberi nama ‘JDT Hummer Tour’ Stadium Sultan Ibrahim dan difahamkan ia beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad 9 pagi hingga 6 petang.
RM 30 je!
Paling menarik, caj yang dikenakan hanyalah RM30 dan ia boleh didapati di Kaunter Tiket di Stadium Sultan Ibrahim.
Dalam laporan Kosmo!, Ketua Unit Komersial Kelab Bolasepak JDT Kevin Ramalingam berkata perkhidmatan itu sejajar dengan hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu stadium serba canggih itu menjadi tumpuan orang ramai susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika negara memasuki fasa endemik bermula 1 April.
“Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari dengan disertakan peluang melawat ke dalam stadium,” katanya.
Selain itu, terdapat juga pembukaan cawangan makanan segera Woodfire yang bakal dibuka di situ untuk menarik lebih ramai pengunjung dan peminat pasukan Harimau Selatan.
Ada peminat JDT tak sini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


