“Tapi tu… sekolah” – Nak Promote Barang, Mata Netizen Tiba-tiba Nampak Benda Lain

Entertainment
4 Apr 2022 • 6:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita perasan dekat Twitter sekarang ini, akan ada orang yang akan blast sesuatu perkara kalau individu itu ada beli barang-barang dari Shopee yang boleh tarik perhatian kita, apatah lagi kalau barang yang dijual itu murah.

Salah satunya adalah cop yang kita dapat ukir sendiri nama penuh kita dan jadikan sebagai penanda nama dekat buku tulis sekolah, tapi ada perkara yang membuatkan netizen geli hati.

 

“Tapi tu…sekolah..”

Menerusi perkongsian itu, dilihat peniaga cuba tunjuk demo tapi netizen matanya tajam, ada perkara yang membuatkan mereka mudah terhibur sampaikan video ini dapat retweets sampai 18K dalam masa 20 jam.

Kalau dilihat betul-betul cop nama penuh pelajar itu bukan ditekap ke ruangan nama tapi ruangan nama sekolah.

Biarpun ramai tergelak dan ada yang memberikan pandangan sinis, ada juga yang anggap seeloknya adalah dengan menggunakan tulisan tangan untuk melatih anak-anak mendapat tulisan yang cantik.

 

The real “ Ni sekolah kau ke? Bapak kau punya ke?” – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not available

Haihh, elok la kalau benda-benda macam ni nak terhibur, rehatkan sikit mata daripada dok sibuk mengecam orang tak gitu? Kang kurus pahala puasa nanti kang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.