
Kota Kinabalu: Sabah diwakili oleh Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (Kesatria) dan Kelab Memanah Tradisional Pewaris Sipitang (SPAC) pada Cabaran Ramadan Singora dalam talian anjuran Kelab Memanah Singora, Kelantan yang berakhir Ahad lalu.
Presiden Persatuan Memanah Tradisional Kota Kinabalu, Suhaimi Sapiee berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, bahawa lapangan memanah tradisional Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang dan lapangan memanah tradisional SPAC di Sipitang dipilih sebagai venue oleh dua kelab itu.


