“Saya beri 300%” – Ramai Mengadu Mahal Tapi Aina Abdul ‘Confident’ Harga Tiket Berbaloi

Entertainment
28 Apr 2022 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, Aina Abdul telah mula membuka jualan tiket untuk konsertnya ‘A Night With Aina Abdul 2.0′ yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun nanti.

Pun begitu, ramai peminat telah mengadu apabila harga tiket yang dijual tersebut dilihat agak mahal kerana ia dijual dari harga RM109 hingga RM1,199.

Beberapa netizen turut membandingkan harga tersebut dengan konsert Dato’ Siti Nurhaliza lebih-lebih lagi dia dianggap masih baru dalam bidang nyanyian ini.

image is not available

Harap peminat faham situasi

Bercakap dengan mStar, Aina mengatakan yang dia faham dengan pertikaian dari peminat-peminatnya berkenaan harga tiket, pun begitu dia berharap mereka dapat memahami situasinya.

Jelas Aina, konsert yang dibuatnya ini menggunakan duit poketnya sendiri kerana dia merupakan seorang penyanyi yang menguruskan karier seninya sendiri.

Menjadi impian saya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak menoleh ke belakang.”

Selain itu, Aina turut menjanjikan persembahan yang terbaik dan memastikan duit yang dikeluarkan oleh peminatnya itu berbaloi.

Saya menjanjikan persembahan terbaik. Siapa yang menonton showcase 1.0 sebelum ini pasti tahu saya tidak main-main dalam mengadakan persembahan. Saya berikan 300%.”

Kita tengok persembahan Aina free dekat TV pun dah puas hati, ni pulak kena bayar confirmlah berbaloi kan?

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.