
MUSIC Rights Sabah Berhad (MRS), sebuah badan perlesenan tunggal di wilayah Sabah dan Labuan, berkata sokongan Kerajaan Negeri amat diperlukan dalam usahanya memajukan aktiviti kutipan royalti karya lagu etnik tempatan dan senario muzik negeri, sebagai langkah permulaan bagi mencapai status ‘industri’.
Pengarah Urusannya, Asmin Mudin berkata, dengan adanya sokongan kerajaan negeri, ia secara tidak langsung akan dapat membantu badan itu melalui Seksyen Single Event menjalankan aktiviti kutipan royalti, khususnya membabitkan penganjur acara.
