“Let’s appreciate effort semua orang buat video” – Khairul Aming Respon Isu ‘Tiru Content’

Entertainment
8 Apr 2022 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita perasan, untuk bulan Ramadan tahun ini, ramai yang akan buat content video masak-masak ala-ala cara Khairul Aming dan ia menjadi satu isu di Twitter.

Ramai netizen yang perli dan kecam content creators ini kerana dilihat masing-masing berlumba-lumba nak jadi macam influencer untuk food content ni.

Selepas beberapa hari namanya sering disebutkan, tuan empunya badan akhirnya tampil buka mulut.

 

Bukan senang weh nak buat video, memang penat. lets appreciate effort semua orang yang buat video ni.”

Baginya, apa salahnya dan lebih menggalakkan untuk meriahkan lagi industri. Dalam pada itu, Khairul Aming turut bandingkan negara kita dengan negara jiran yang mempunyai content yang hebat.

Malah, dia juga turut menjelaskan bahawa untuk menghasilkan satu video itu bukanlah satu perkara yang mudah, jadi dia menggesa kita semua hargai segala hasil yang dibuat oleh individu yang nak buat content sendiri ni.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut berharap agar isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi. Malah dia juga menyatakan bahawa ramai orang kita yang berbakat, jadi boleh gunakan platform seperti TikTok untuk tunjukkan bakat mereka. Ia jadi satu kerugian kalau kita sekat orang-orang yang berbakat sebegini.

Tuan empunya badan sendiri siap bagi support kita bulan puasa ni tak yah lah nak condemn.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.