Dua maut dalam nahas kereta, lori

11 Apr 2022 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Dua orang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan, Lebuh Raya Plus EDL di sini, pada malam Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 9.13 malam.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan sebuah lori jenis Daihatsu tiga tan. Terdapat dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu lori dan penumpang hadapan kereta tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Khairul Azhar, mangsa yang meninggal dunia ialah penumpang kereta, K Pratep, 23, dan pemandu lori, R Sharan Raja, 26, manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 50-an selamat.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Tambah beliau, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.11 malam.

Seramai lima anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Khidmat Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved