“Sedut balik air mata” – [VIDEO] Video Sebak Pertemuan Ibu & Anak, Tapi Netizen Nampak Benda Lain…

Entertainment
7 Apr 2022 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan peralihan ke fasa endemik sejak 1 April lepas, disebabkan itu kita dapat lihat ramai warga Malaysia yang bekerja diluar negara sudah mula pulang ke tanah air.

Banyak video yang menyentuh hati dan perasaan apabila ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua kini bertemu kembali, lagi-lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagaimanapun, sebuah video yang dimuat naik di Twitter ini buat netizen sebak tetapi…

Difahamkan, pemuda tersebut datang berjumpa keluarganya setelah berpisah hampir lima tahun kerana beliau berniaga di Korea dan dalam video tersebut, pemuda itu bertemu dengan keluarganya buat pertama kali selepas dia pulang ke Malaysia.

“Silap scan tu bang”

Video yang sepatutnya menjadi sebak itu bertukar menjadi kelakar pula apabila netizen baru menyedari bahawa pemuda itu tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebaliknya dia telah mengimbas kod QR FoodPanda.

Pada mulanya, tidak ramai yang menyedari perbuatan pemuda itu, selepas beberapa orang netizen meninggalkan komen mengenainya, baru ramai yang perasan.

image is not available

Bagaimanapun, video itu tetap mengharukan netizen, lagi-lagi waktu dia sujud di kaki ibunya itu, auto nangis!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.