Lapan pengawal keselamatan warga Filipina guna kad pengenalan palsu kena penjara

8 Apr 2022 • 8:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Gara-gara menggunakan kad pengenalan palsu dan milik orang lain, lapan pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua tertuduh Adzhar Tadjamon, 30; Alim Aunal, 22; Jasim Alano, 27; Asmie Rody, 36; Halid Janul Sallani, 34; Abu Bakar Mausil, 48; Imboy L Insung, 26, dan Abdul Munir Asnan, 30, masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di tiga Mahkamah Majistret berasingan.

Majistret Sabreena Bakar@Bahari memerintahkan Adzhar, Alim dan Jasim masing-masing dipenjara empat bulan manakala Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan masing-masing terhadap Asmie, Halid dan Abu Bakar.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman pula memerintahkan Imboy dan Abdul Munir masing-masing dipenjara 12 bulan.

Kesemua tertuduh diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh masing-masing didakwa menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain di pos pengawal di sekitar Shah Alam antara 11 dan 11.50 pagi, semalam.

Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Zulkarnain Ahmad dan Zulkifli Idris manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved