“Jom balik MySpace” – Netizen Terkejut, Elon Musk Beli Twitter Dengan Harga AS$44 Billion

Entertainment
26 Apr 2022 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bilionair ternama Elon Musk melakukan perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion), sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu.

Twitter Inc. hari ini menerima tawaran Elon Musk untuk mengambil alih syarikat itu, perkara itu juga akan memberi individu terkaya di dunia itu kawalan penuh ke atas rangkaian media sosial tersebut, beliau juga merupakan antara pengguna Twitter yang berpengaruh.

Ketua eksekutif Tesla itu menjanjikan ciri baharu untuk aplikasi tersebut dan ingin memperbanyakan lagi kandungan yang lebih bebas.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.

Pengambilalihan itu, jika ia berjaya, akan menandakan salah satu pengambil alihan terbesar dalam sejarah teknologi dan berkemungkinan akan mempunyai kesan global untuk tahun-tahun akan datang.

Dalam laporan Wall Street Journal, difahamkan transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang saham. Penganalisis menjangkakan bahawa tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

“Dah kena tukar media sosial lain ke?”

Berita menggemparkan itu mengundang respon yang pelbagai daripada netizen, ada yang bersetuju malah ada juga yang risau Twitter tidak akan ‘semeriah’ kini.

image is not available

Apa pendapat korang pulak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.