Rasmi : Elon Musk Mengambil-Alih Twitter Pada Nilai RM191 Bilion

TechnologyDigital
26 Apr 2022 • 5:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter kini mengumumkan mereka telah memasuki perjanjian dimana Elon Musk akan mengambil-alih keseluruhan Twitter pada nilai sekitar $44 bilion, iaitu sekitar RM191.7 bilion. Dengan pengambil-alihan ini juga, Twitter yang kini didagangkan secara awam akan menjadi sebuah syarikat persendirian.

Elon Musk sebelum ini sedia mengatakan Twitter telah menjadi sebuah pusat digital untuk perkongsian pelbagai perkara, dan beliau akan menjadikan ia sebuah platform bebas berbicara. Beberapa perubahan akan turut dilakukan, termasuk menjadikan algoritma untukya sumber terbuka, disamping mengatasi masalah bot berbentuk spam.

Elon Musk turut percaya Twitter mempunyai kemampuan yang lebih besar, dan akan membangunkan ia ke arah berkenaan. Elon Musk turut mempunyai beberapa syarikat lain dibawah beliau, termasuk Tesla, dan juga SpaceX.

Proses pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk ini dijangka akan selesai pada tahun 2022 ini juga, tertakluk kepada pengesahan pelbagai pihak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved