Apple Mac Studio Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Bermula RM8799

TechnologyDigital
25 Apr 2022 • 8:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Mac Studio kini boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia pada harga bermula RM8799 sebuah. Komputer desktop dengan rekaan kompak berbentuk kiub dengan cip berkuasa Apple M1 Ultra atau Apple M1 Max. Ia adalah komputer desktop kompak yang lebih berkuasa berbanding Mac Mini yang ditawarkan selama ini.

image is not available

Dari segi port, ia hadir dengan 4X USB-C Thunderbolt pada bahagian belakang, USB-A, HDMI, dan ethernet. Ia turut menyertakan sokongan WiFi 6 bersama dengannya. Terdapat juga dua port USB-C Thunderbolt dan slot untuk kad SD di bahagian hadapan.

image is not available

Dari segi sokongan, Apple Mac Studio menawarkan memori sehingga 128GB RAM dan storan SSD sehingga 8TB yang boleh dipilih sendiri oleh pengguna semasa melakukan pesanan. Di Malaysia, Mac Studio ditawarkan pada harga bermula RM8799 untuk cip M1 Max, sementara dengan cip M1 Ultra serta spesifikasi paling tinggi ai dijual pada harga RM 30,899.