“Jangan buang tau” – [VIDEO] Guru Share Manfaat Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu

Entertainment
1 Apr 2022 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi masyarakat Malaysia, bawang merupakan salah satu bahan yang kerap digunakan dalam masakan kerana rasanya yang manis, aromanya yang boleh membangkitkan selera serta menyedapkan masakan.

Antara jenis bawang yang mak-mak kita selalu gunakan dalam masakan adalah bawang kecil, bawang ‘Holland’, bawang putih dan bawang merah. Kalau korang sendiri selalu masak kat rumah, mesti berair mata waktu potong bawang tu. Macam dalam drama air mata pulak kan?

Menurut perkongsian video yang dimuatnaik oleh @xg_taukesoh_oe yang telah mendapat sebanyak 1 juta views di TikTok ini ada menceritakan tentang manfaat kulit bawang merah yang ramai tak tahu. Yelah selalunya orang akan cenderung untuk buang terus kulit bawang. Betul tak?

Menerusi video tersebut, guru yang lebih dikenali sebagai Taukesoh ini berkongsi ilmu bahawa lobak merah rupa-rupanya boleh tahan dengan lebih lama sekiranya dicampur dengan kulit bawang merah. Wah, min pun baru tahu tentang petua ni!

Selain itu, kalau korang nak tahu, kulit bawang merah juga boleh dijadikan sebagai baja tau. Mengikut guru ni, kita harus rendamkan kulit bawang merah dalam air selama 5 ke 10 minit dan kita boleh terus siram air tu dekat tanaman kita. Baja semulajadi la katakan!

Guru ini turut menambah yang kulit bawang merah juga dapat dijadikan sebagai racun serangga semulajadi. Lepasni makin suburlah tanaman dan korang tak perlu risau tentang serangga perosak.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet rasakan yang ilmu dikongsikan cikgu ni sangatlah bermanfaat dan patut dicuba di rumah.

“Ilmu yang sangat bermanfaat…tq taukesohimage is not available” – Komen netizen

“Patut la mak aku selalu rendam kulit bawang dengan air pastu buat baja” – Komen netizen

image is not available

Jadi, korang bolehla cuba tips ni kat rumah tau! Mesti pokok akan lagi segar dan sihat!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.