Siti Bainun Tidak Direman Kerana Sedang Menjalani Kuarantin Covid-19, Dibebaskan Dengan Jaminan

23 Apr 2022 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun didakwa atas pertuduhan mengabai dan juga menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella.

Terbaharu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diberitahu Siti Bainun tidak direman kerana sedang menjalani kuarantin susulan dijangkiti Covid-19.

Saksi ke-6 pendakwaan, Asisten Supritendan Nazatul Madiyah berkata demikian pada pemeriksaan balas pasukan pembelaan pada prosiding semalam.

image is not available

Menurutnya, perkara ini dimaklumkan kepadanya oleh pegawai penyiasat. Justeru, Siti Bainun dibebaskan dengan jaminan kerana dikhuatiri virus itu akan berjangkit kepada individu lain.

Dalam masa sama, Nazatul Madiyah merupakan pegawai kanan bagi Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan dia yang dipertanggungjawabkan untuk menahan tertuduh berusia 30 tahun itu.

image is not available

Sumber: Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.