#justiceforbella: Saksi Kelima Tegas Tak ‘Sabotaj’ Keterangan, Nafi Dibayar Untuk Kenakan Siti Bainun

21 Apr 2022 • 9:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sehingga ke hari ini prosiding perbicaraan berikutan kes penderaan kejam oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap remaja Sindrom Down, Bella masih lagi dijalankan selepas menjadi tumpuan orang ramai.

Semalam, saksi pendakwaan kelima iaitu Yasmin Nahar Mahmood hadir ke prosiding untuk memberikan keterangan berikutan kes tersebut dan menegaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk ‘sabotaj’ sebarang fakta yang diberikan.

Menurut Harian Metro, Yasmin menjawab ‘tidak’ selepas dakwaan tersebut ditanya oleh peguam yang mewakili Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mengatakan bahawa dirinya bersama bapa telah menerima bayaran diluar mahkamah.

image is not available

“Bella minum pelembut kain, lepastu diam”

Dalam prosiding yang sama, Yasmin difahamkan turut menidakkan dakwaan mengatakan kenyatan palsu dibuat kerana ada pihak yang cuba untuk menakutkan dirinya sekiranya tidak menentang pengasas Rumah Bonda itu.

Bukan itu saja, Yasmin yang memberikan kenyataan dari segi aspek pemerhatian sepanjang berada di Rumah Bonda itu juga mengatakan bahawa Bella beberapa kali dipaksa melakukan perkara yang menyakitkan dirinya namun tidak melawan.

image is not available

“Tak ada (reaksi). Dia minum sahaja (satu penutup pelembut kain) lepas itu dia diam” – Yasmin

Selain itu, pasukan pembelaan turut menafikan tuduhan saksi yang sama, Bella diberikan makan cili hampir setiap hari selepas tiada satu dari lima laporan mengatakan Bella mengalami kerosakan di dalam perut dan melecur di lidah akibat makan makanan yang terlalu pedas.

Nampaknya makin serius kes ni ya… Apa-apa pun, kita tunggu je prosiding yang seterusnya. Semoga kebenaran akan terbukti tak lama lagi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.