Ada Kesan Lebam Lama Dan Baru, Youtuber Ditahan Bantu Siasatan Kematian Kekasih

5 Apr 2022 • 5:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang Youtuber berusia 20-an dan tiga orang rakannya ditahan polis sejak Isnin hingga hari ini untuk membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang juga merupakan kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dalam laporan Astro Awani berkata, keempat-empat suspek ditahan selepas seorang doktor di Hospital Balik Pulau membuat laporan polis mengenai pesakitnya yang kritikal dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dipercayai dipukul

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Pemeriksaan lanjut pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu di seluruh tubuh mangsa yang berusia 20 tahun itu.

Mangsa yang dirujuk ke Hospital Pulau Pinang disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Jelas Kamarul lagi, mangsa dipercayai dipukul menggunakan kekerasan atau objek tumpul.

Namun setakat ini siasatan lanjut masih dibuat termasuk untuk mengenalpasti motif sebenar kejadian. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar, Pulau Pinang Sabtu lalu.

Keempat-empat suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.