Polis Kesan Saksi Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

5 Apr 2022 • 9:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ebit Lew - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ia adalah proses bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.

“Selain itu, polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes membabitkan pendakwah berkenaan.

Pada Februari lepas, Ebit Irawan mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkait gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah. 

Mahkamah membenarkan Ebit Irawan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara perbicaraan kes dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved