Jada Pernah Bertegas Tak Mahu Berkahwin, Dakwa Kahwini Will Smith Sebab Nak Sedapkan Hati Ibu?

Entertainment
9 Apr 2022 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh apabila Will Smith menampar Chris Rock di pentas Oscars gara-gara pelawak itu membuat gurauan kasar terhadap isterinya, Jada Pinkett Smith.

Ekoran kejadian ini, dilaporkan Will Smith telah diharamkan daripada menyertai Oscars selama 10 tahun.

image is not available

Jada tak pernah berniat nak kahwin?

Dalam kehangatan isu terbabit, satu video lama muncul kembali mengenai Jada yang mendakwa dia sebenarnya tak pernah berniat untuk berkahwin dengan Will Smith. Betul ke?

Kenyataan berani Jada itu difahamkan dikeluarkan aktres terbabit ketika satu siaran siri televisyen bertajuk Red Table Talk pada tahun 2018.

Dalam video lama itu, Jada mengaku dia memalsukan air mata kegembiraan ketika di majlis perkahwinannya bersama Will Smith pada tahun 1997.

“Saya berada dalam tekanan pada ketika itu. Menjadi pelakon muda, masih mentah dan mengandung, saya tak tahu apa nak buat. Saya tak pernah rasa nak kahwin”, ujar Jada.

image is not available

Sambung Jada, perkahwinannya bersama Will Smith sebenarnya dipaksa oleh ibunya, Gammy yang berpendapat mereka perlu berkahwin kerana Jada sedang hamil anak mereka, Jaden yang kini sudah berusia 24 tahun.

“Kami hanya berkahwin kerana Gammy menangis,” jelas Jada.

Terima kecaman warganet

Hasil tinjauan di media sosial mendapati rata-rata warganet berasa kasihan dengan Will Smith selepas video lama itu muncul kembali.

Jelas warganet, Jada sudah berkali-kali memalukan Will Smith secara terang-terangan. Ada juga warganet berpendapat Jada tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan ini selepas Will Smith mempertaruhkan keriernya dengan melempang Chris Rock untuk mempertahankan Jada.

Rumit kisah mereka ni…

Kredit: NY Post

image is not available

Sumber: AL Sumber: People

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.