Insiden Tampar Chris Rock, Will Smith Kena ‘Banned’ Dari Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

Entertainment
9 Apr 2022 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Hollywood, Will Smith telah diharamkan dari menghadiri Anugerah Oscar selama 10 tahun. Hal ini berlaku selepas beliau menampar pengacara dan pelawak, Chris Rock di atas pentas anugerah berprestij itu pada bulan lepas.

image is not available

Keputusan untuk ‘banned’ Will Smith itu telah diputuskan oleh Gabenor Akademi Seni dan Sains Filem dalam satu mesyuarat tertutup badan perfileman itu yang diadakan semalam.

Pada malam kemuncak anugerah itu, Smith telah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi lakonannya dalam filem ‘King Richard’. Sebagai tradisi Oscar, pemenang pelakon terbaik akan menyampaikan salah satu anugerah utama untuk majlis anugerah Oscar pada edisi berikutnya. Namun, dengan keputusan untuk ‘banned’ Smith dari Oscar selama 10 tahun itu bakal memecah tradisi anugerah berprestij itu.

image is not available

Selain daripada Oscar, Smith turut dilarang menghadiri acara dan program lain anjuran badan perfileman tersebut baik secara fizikal atau yang diadakan secara maya. Walau bagaimanapun, badan berkenaan tidak menyatakan jika Smith layak dicalonkan untuk sebarang anugerah dalam tempoh ‘banned’ tersebut.

 

Sumber: BBC

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.