“Macam tak boleh main tempat lain” – [VIDEO] Polis Cari Lelaki Main Meriam Tepi Jalan Raya

Entertainment
12 Apr 2022 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, viral satu video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam karbaid di tepi jalan raya.

Video viral di Twitter itu telah mengundang kemarahan netizen kerana mereka main di tempat awam yang boleh mengundang bahaya.

 

Orang tua-tua naik motor, terkejut boleh berlaku kemalangan”

Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu, dilihat seorang lelaki bakar meriam dan seorang lagi lelaki memberikan keterangan menunjukkan cara mereka menyediakannya.

Dalam masa yang sama, dilihat ada kereta dan motosikal lalu lalang di kawasan tersebut, malah mereka dilihat seperti berbalas bunyi letupan dengan orang lain dan lelaki tersebut menyatakan bahawa ia kononnya adalah satu suasana kemeriahan sebelum menjelang hari raya, malah alasannya boleh raikan, tak semestinya di kampung sahaja.

Malah, dilihat seperti meriam itu dihala ke arah jalan besar.

Pernah hampir nak jatuh motor sebab terkejut dengar bunyi ni – Netizen

Rata-rata netizen marah dengan tindakan mereka ini, malah ramai yang tag pihak polis untuk mengambil tindakan kepada mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Polis tengah kesan pelaku

Susulan dengan tularnya video tersebut, ia mendapat perhatian daripada pihak polis. Menerusi laporan Astro Awani, Polis Pulau Pinang kini sedang menjalankan siasatan terhadap mereka.

Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ( SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, siasatan mendapati bahawa mereka bermain meriam karbaid di Jalan Permatang Rawa di Bukit Mertajam.

Bermain mercun atau meriam karbaid sempena Hari Rata Aidilfitri itu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dimana, boleh berdepan dengan hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika bersalah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.