Kecoh Satu Taman Lelaki Mengamuk Sebab Jiran Arahkan CCTV Pandang Rumahnya

28 Apr 2022 • 5:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cctv

Kebanyakan rumah di kawasan perumahan kini telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan untuk merakam segala aktiviti kecurian atau kemalangan yang mungkin berlaku.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk terhadap jiran sebelah rumah gara-gara pemasangan CCTV yang tertumpu di rumahnya.

Dalam video berdurasi 2 minit 523 saat itu, lelaki itu telah menyerang rumah jirannya itu pada waktu malam dan memaklumkan bahawa dia tidak suka akan CCTV yang dipasang asyik ‘menghala’ ke kediamannya.

Hampir saja bertumbuk, ketegangan antara kedua-dua pihak itu akhirnya reda setelah jiran-jiran lain datang untuk menenangkan keadaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa hairan mengapa lelaki tersebut begitu marah memandangkan CCTV itu dipasang hanya untuk tujuan keselamatan bersama.

Kalau aku dah berterima kasih pada jiran, dah tak perlu keluar duit pasang CCTV, sama-sama jaga keselamatan. Benda boleh bincang.

Namun ada juga yang beranggapan lelaki itu inginkan privasi dan merasakan jirannya itu patut mengubah kedudukan CCTV terbabit demi kebaikan bersama.

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media