“Sembang Macam Pandai, Kamu Tak Tahu Realiti Dunia Sebenar..” – Puteri Sarah

Entertainment
20 Apr 2022 • 11:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dipercayai sudah hilang sabar, Puteri Sarah Liyana akhirnya mendedahkan individu yang disyaki menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya.

Menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini, pelakon ini turut mendakwa sejak 2019 dia diganggu dengan komen yang menyakitkan hati daripada akaun media sosial palsu sehingga kesihatan mentalnya menjadi kacau.

Tidak hanya mendiamkan diri, Puteri Sarah dipercayai telah menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan isu ini. Dalam hantaran terbaru, pelakon ini berkata dia telah melantik dua orang peguam dan bersedia untuk lawan.

image is not available

image is not available

Puteri Sarah turut mendedahkan mesej provokasi yang diterimanya daripada seorang individu. Pelakon ini bagaimanapun tidak gentar dan memberi amaran bahawa ‘individu’ itu tidak tahu realiti dunia sebenar. “Jangan nanti kena declare bankrup tinggal bawah jambatan,” katanya.

Rasanya ramai yang sokong tindakan Puteri Sarah ini kan? Semoga yang terbaik buat Puteri Sarah sekeluarga. Amin.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.