“Mereka Saja Tahu Apa Berlaku” – Anak Dituduh Jadi Orang Ketiga, Ini Respon Kazar

Entertainment
20 Apr 2022 • 5:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kazar saisi

Nama anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira hangat diperkatakan apabila dia didakwa menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Pendedahan itu dibuat Puteri Sarah sendiri menerusi beberapa perkongsian di Instagram Stories. Malah, rakan baik kepada Ira turut tampil mendedahkan perangai sebenarnya. Betul ke?

“Susahlah nak cakap” – Kazar

Bapanya, Kazar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut. Memetik laporan Harian Metro, pelakon ini berkata tiada apa-apa komen daripadanya.

image is not available

Tak yah lah, tak ada apa nak komen.

Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini. Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana.

Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Difahamkan, Kazar mengetahui dakwaan ini apabila ianya kecoh diperkatakan baru-baru ini. Dia perlu menjaga hati semua pihak apatah lagi kita kini sedang menjalani ibadah puasa.

Puteri Sarah ketika dihubungi pemberita juga enggan mengulas lanjut isu ini. Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Semoga yang terbaik buat rumahtangganya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved