Puteri Sarah Lantik Dua Peguam Untuk ‘Settle’ Isu Orang Ketiga?

Entertainment
20 Apr 2022 • 1:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Puteri Sarah telah mendedahkan di Instagram miliknya mengenai Ira Kazar yang dikatakan telah mengganggu hubungannya dengan suami Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pernah berpisah sebelum berbaik semula tahun lepas, pun begitu, individu tersebut dikatakan telah mengganggu dan mengugut suaminya.

Di bulan baik ni, I doakan korang berdua, IRA KAZA dan suami i diberikan hidayah.”

image is not available

Sebentar tadi, menerusi Instagram Story, Puteri Sarah telah menunjukkan panggilan telefon yang dibuat kepada peguamnya dan mengatakan yang dia mahu melantik dua peguam bagi menyelesaikan isu rumahtangganya itu.

Ok next! Kita pakai 2 lawyer lah. Ke pakai 10 lawyer macam Siti Bainun? Small worm like this 2 pun cukuplah.”

image is not available

Tak cukup dengan itu, Puteri Sarah turut tunjukkan tangkap layar yang diterimanya dari seorang individu yang mengatakan dia tak kisah walaupun pelakon ini telah melantik peguam.

Peguam tak peguam, kisah pulak aku dengan peguam kau. Lantak pi kau sana.”

image is not available

Menerusi hantaran lain, Puteri Sarah turut mengatakan yang dia bakal berangkat ke Mekah esok untuk menunaikan umrah dan menyambut hari raya di sana serta berdoa agar diberikan jalan keluar dari segala masalahnya.

Kita doakan Puteri Sarah selamat pergi dan kembali dan dapat selesaikan isu ini secepat mungkin.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.