“Respect!” – Netizen Puji Yusof Haslam, Layan Puteri Sarah & Cucu Baik Walaupun Anak ‘Buat Hal’

Entertainment
18 Apr 2022 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kisah isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjadi perbualan hangat netizen hujung minggu lalu apabila pelakon itu mendedahkan bahawa dia sering diganggu oleh Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan dengan Syamsul.

Pun begitu, perkongsian terbaru Puteri Sarah di TikTok telah menarik perhatian netizen apabila dia memaparkan hubungan baik mertuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri dengan cucu-cucu meskipun rumah tangganya dengan Syamsul dilanda badai.

@puterisarahliyana

Life is full of blessings we take for granted. Yet so often we dwell on what we don’t have. Appreciate what you already have and be grateful image is not availableimage is not available#fyp#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Puteri Sarah liyana – Puteri Sarah liyana

Hidup ini penuh dengan keberkatan, tapi kita selalu ambil mudah. Kita selalu fikirkan perkara yang kita tidak miliki. Hargai apa yang kita ada sekarang dan bersyukurlah,” tulis kapsyen video berkenaan.

 

“Hidup ni beginilah, suami baik, mertua benci. Mertua sayang, suami buat hal”

Rata-rata netizen di ruang komen bersimpati dengan nasib yang menimpa Puteri Sarah dan berharap hubungannya dengan suami bakal pulih tidak lama lagi.

Pun begitu, ramai juga netizen yang memuji sikap baik Datuk Yusof Haslam dan isteri yang masih melayan menantu serta cucu dengan baik meskipun anak mereka didakwa menjadi punca masalah rumah tangga.

image is not available

Semoga Sarah tabah hadapi dugaan ini. Kesian tengok muka anak-anak…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.